Tuesday, August 19, 2014

kenangan semalam membawa rindu..



Salam sejahtera salam berbahagia kepada saudaraku, Alhamdulillah.. jejari ana rasa hendak memetik papan kekunci meluah rasa dihati yang tidak tertahan lagi. 


Tiba-tiba ana rasa terlebih feeling pulak hari ini, teringat pada teman-teman sepengajian. Iyalahkan siapa yang tidak rindu akan zaman yang penuh dengan suka duka gelak ketawa. Bila teringat kembali pengalaman yang pahit pun kita akan terasa manis kan sebab ianya laluan hidup yang memberi pengalaman yang pengajaran yang amat bermakna. Disini jugalah untuk kita membina jati diri menjadi seorang yang berwawasan dan berilmu.

Ana teringat pada semester 7 yang lalu semester yang penuh dengan pelbagai ragam kawan-kawan tidak terkecuali Ana juga..hehehe,..sebab Ana pun sebahagian dari mereka. Bila kelas seharian memanglah amat-amat letihkan tambahan lagi kelas kitaorang ni malam siap ada presentation dengan professor pulak tu.

Professor ni agak tegas bagi Ana, dalam kelas Ana tak ada seorang pun yang tidak akan disoal semuanya akan disoal bahkan setiap orang pelajar Prof tu kenal. Hendak dijadikan cerita pada malam tutorial berkenan kami dikehendaki membentangkan kertas kerja perniagaan secara berkumpulan. Kumpulan Ana merupakan kumpulan yang paling ramai ahli.
Jadi bila undi, group Ana group kedua untuk present. Bila check2 ahli tinggal dua orang lagi yang tidak hadir. Ana call salah seorang kawan ni lagipun diorang sebilik senanglah. Bila call si kawan ni jawab macam nak nangis, Ana cuaklah macam-macam dah fikir takut apa-apa terjadi. Rupanya terlambat sebab baru bangun tidur. Alhamdulillah diorang sempat datang kelas sebelum sampai turn kitaorang untuk present.

Selepas habis kelas tu barulah kami bercerita, rupa-rupanya diorang tertidur selepas pulang dari kelas petang tu. Ana jarang balik hostel kalau ada kelas malam bimbang tak dapat bas. Jadi bila tertidur tu terlajaklah diorang kelam kabut tak ingat dunialah dengan handak solat lagi.

Jadi adik-adik yang masih belajar tu jangan tidur yer petang kalau ada kelas malam. Lagipun, tidur selepas asar memang sangat tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan hilang kewarasan. Jika letih rehatkan badan yang letih tu adik2 bolehlah rendamkan kaki dalam air suam boleh hilangkan lenguh2 kaki, renggangkan sendi-sendi badan dengan senaman ringkas buat dibilik je, selepas itu segarkan badan dengan mandi.


Demam Denggi!! Mengancam nyawa..

Assalamualaikum, Alhamdulillah akhirnya ana dapat menulis lagi untuk kali ini. Yelah kan ana masih lagi bertatih dalam penulisan blog ini, bukan untuk sesaja taw motif ana adalah untuk memberi info dan berkongsi ilmu tambahan lagi sekarang ana masih bercuti “waiting for graduation day”..hehehe..may Allah ease everything. :)

Sebenarnya kali ini ana ingin berkongsi dengan semua mengenai DENGGI yang sekarang ni semakin merbahaya dan mangsanya juga turut meningkat hari ke hari. Minggu lepas umi ana telah disahkan demam denggi dan ditahan dihospital selama 5 hari. Jadi 4 malam jugalah ana bermalam di hospital temankan umi.

Jadi kerap jugalah tanya doktor dah boleh discharge ke tapi jawapan masih sama tidak boleh kerana platelet darah umi ana masih rendah. Umi asyik tanya platelet darah tu ape, yang ana tahu zaman belajar time form 3 dulu platelet darah tu sel-sel darah. Jadi nak tahu lagi detail ana pun google2 lah jadi nilah jawapannya:


Platlet darah adalah satu jenis sel micro yang terdapat dalam darah manusia. Fungsi-fungsi dan sifatnya masih tidak dikenalpasti dengan sepenuhnya oleh para saintis. Setakat ini, fungsi platlet darah yang diketahui secara umum adalah ia bertanggungjawab dalam proses pembekuan darah (hemostasis) khasnya pada tempat luka.

Satu piawai ukuran yang biasa digunakan untuk mengenalpasti tahap demam denggi seseorang itu adalah kandungan platlet darah (platelet). Bagi seseorang yang sihat, bacaan kandungan platlet dalam darah adalah sekitar 150 – 450 bpL (billion per Liter).

Menurut doktor, mangsa yang dijangkiti virus denggi, bacaan platlet darah akan mula turun sekitar hari ke-4 selepas gigitan nyamuk aedes itu. Apabila bacaan platelet darah menjadi kurang daripada 100 bpL, pesakit tersebut perlu dimasuk ke dalam wad hospital untuk jagaan rapi. Jika bacaan platelet darah menurun sehingga kurang daripada 10 bpL boleh membahayakan nyawa.

Merujuk Berita Harian 18 Ogos 2014 menyatakan kes deman denggi yang tertinggi adalah di Kelantan sebanyak 292 kes dan sebanyak 62 lokasi kwasan yang berisiko tinggi. Ini amat membimbangkan kerana peningkatan kes yang agak mendadak berbanding pada tahun 2013 lebih kurang 120 kes.
Jadi diingatkan kepada penduduk Kelantan dan seluruh Malaysia terutamanya untuk beringat dan mencegah sebelum ianya membawa maut. Antara tanda-tanda deman denggi adalah:

1. Demam Denggi Klasikal
Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pengidap tersebut. Pada bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah:
  • ·   Ruam yang disertai oleh demam panas. bagi orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ke3-4. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati.


2. Demam Denggi Berdarah
  • Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal yang utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah.
  • Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.
  • Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai 2-4cm di bawah tulang rusuk kanan. 
  • Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai 'Dengue Shock Syndrome'(DSS). 
(Diingatkan kepada semua supaya banyakkan minum air ye salah satu cara untuk meneutralkan asid dalam darah disebabkan oleh virus denggi: selain itu secara tradisional boleh juga makan sup ketam nipah)

Langkah-langkah pencegahan adalah:
Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah.
Ia tidak boleh membiak di dalam air yang kotor.
A. Di dalam rumah
  •  Ia membiak di dalam piring alas pasu bunga.
  • Tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi.
  • Perangkap semut. 
B. Di luar rumah
  • Di dalam tayar buruk.
  • Saluran air hujan.
  • Tin-tin kosong atau botol.
  •   Bata bangunan atau kawasan pembinaan.
  • Cawan getah.
  • Lubang pokok 
  •  Tunggul buluh
  • Ketiak daun seperti -pandan dan nenas
Thanks for reading ya.. :)

Thursday, August 14, 2014

Mata berkedip kedip??

Lately, mata ni rasa berkedip-kedip. Nak kata rasa tidak selesa tidak juga sebab kejap je. Cumanya time ana nak berbual dengan orang lah ana rasa tidak selesa..asyik terkedip-kedip aja kan..hmmm...bila ana search through internet banyaklah pula assumption...

Antara yang mostly ana jumpa dekat blog nya adalah pandangan orang dulu2:
“kalau yang bergerak tuh kelopak mata kanan, ada sedara belah ayah yang meninggal , kalau belah kiri , ada sedara belah mak pulak yang meninggal” dan “kalau mata kanan yang bergerak, nak tengok orang atau nak jumpa orang jauh”. Ada juga yang kata “nak dapat berita baik”. Kalau kelopak mata kiri yang bergerak, katanya “ada berita kurang baik yang akan didengar dan akan menangis”.

Dari sudut pandangan saintifik:
Nama saintifik untuk penyakit mata bergerak ini ialah "myokymia". Berdasarkan kata-kata pakar masalah ini adalah disebabkab pergerakan otot di bahagian kelopak mata atas dan kadang-kadang di bahagian kelopak mata bawah bawah . Mata bergerak-gerak ini berkait rapat dengan stress, fatigue, kurang tidur dan overdose minum kopi. Anxiety/depression juga boleh mengakibatkan kepada masalah mata bergerak-gerak ini. Kerisauan yang terlalu tinggi dalam diri kita juga turut menyumbang kepada masalah ini. Faktor personaliti juga turut menyumbang kepada masalah ini.
Kedua-dua pandangan ini mempunyai asbab masing-masing, pada pandangan orang2 tua atau orang dulu2 mereka mengeluarkan sesuatu fakta berdasarkan dari pengalaman dan pengetahuan nenek moyang yang diturunkan turun temurun yang mungkin ada kebenarannya.
Namun demikian, pada sciencetific view ianya mengkaji pada bentuk yang tersurat iaitu sesuatu kejadian keatas tubuh badan manusia mengapa dan kenapa ianya boleh terjadi dan ianya boleh diterima umum.
Sesungguhnya sesuatu yang terjadi ada rahsia tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah swt. Oleh itu, kita perlulah berserah dan bertawakal kepada Allah atas segalanya. Sentiasa berdoa kepada Allah agar diperkuatkan dan diteguhkan keimanan supaya sentiasa berada dilandasan yang benar.
Thanks for reading ya..:)

Monday, August 11, 2014

OUMH1303 ENGLISH FOR ORAL COMMUNICATION SEMESTER MAY 2014

TABLES OF CONTENTS
CONTENT
PAGE
1.0          Introduction
2
2.0          Roles of a good parent
2.1           Build a foundation of love, trust and respect
2.2           Model good behaviours
2.3           Be a good listener to your children
2.4           Stay proactive


3 – 6
3.0          Suggestion
7
4.0          Conclusion
8
5.0          References
9



1.0    Introduction
It's not easy to be excellent parents in educating their children now. Responsibility as a parent is often challenging, especially in the modern era and sophisticated. Rapid changes in lifestyle and foreign elements that affect the mind could not be avoided. There is no doubt that the children in the present age are especially vulnerable to the elements that come from outside the scope of the family. Friends, the internet, social environment less healthy, full of temptation makes them more motivated to follow his heart beat own.
 Adolescence is a journey from childhood to adulthood, from relying almost entirely on the opinions of others on how to make responsible decisions independently. It's easy for parents to believe that their influence on adolescent children they've lost their children as soon as they reach adolescence. Friends and media seem to more powerful.  
However, please note that the support, guidance and attention from parents can not escape and is much needed as their early childhood. Maybe sometimes parents think that when the kids were growing up, they do not require further guidance from their parents as a way to teach them self-reliant. Children will learn the true meaning of independence with the help and support from parents.
Family is an important component in the formation of society and nation. Without the family, the existence of the country will not be perfect. In Islam views the family as an institution of society to be built. In the Islamic family leadership responsibility lies basically in men. However, to ensure the success of this institution, both the mother and father should play an equally important role. As the husband role is to provide the basic necessities such as food, shelter and clothing.
Not only that, as a father, he is also responsible for providing academic education is important for the development of mind and religious education for the spiritual and physical well-being. For a mother the primary responsibility is to ensure the smooth running of the household system, punctuated love and respect. Maybe this for each individual mother and father is too savvy and do not need to be debated again.

Therefore, the role of parents is desirable to ensure that the kids have never felt lacking in their lives. Love, care, support and guidance from parents are very expected by the children to their more enthusiastic over their lives. Various ways can be done by parents to ensure there is no shortage in the lives of their children.

3.0    Suggestion
Successful parents are not perfect parents. It is important to know that in parenting, certain mistakes are inevitable. It is unrealistic to expect to be right all of the time. Successful parents, however, are those who frequently consider what is best for their children and are willing to adapt themselves toward positive outcomes.
Many parents may always have the best intentions for their children; there are times when the handling of parenting issues can use some improvement. Successful parenting requires regular self-evaluation in areas that are important to the children. All parents have ideals and personal beliefs about what is most important for their children. Unless they are written down, however, some of these most important values may be overlooked as parents evaluate relationships with their children.
The qualities of successful parents are a starting point for self-evaluation. They are qualities that apply to almost any parent. You may also wish to make a list of qualities that are specifically important to you. Reflecting on these lists from time to time can help to keep goals on track with values even as children grow, change, and mature. 
Being a successful parent is all about doing what is right for your children. These ten items apply to universally to parents, but there are many additional items that are not mentioned here that also contribute to being a successful parent. There are so many aspects involved in being a good parent that it is difficult to keep track of them all in your mind. It is helpful to have a written list of all of the aspects of parenting that are important to you. 

Sunday, August 10, 2014

HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

It's difficult to read for the whole book..so lets study with short note.. :)
Topik 1: Pengenalan Teknologi Maklumat
        i.            3 Asas yg menyokong teknologi maklumat ialah:
· Perkakasan komputer
· Perisian Komputer
· Komunikasi Data

      ii.            Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
5 Zaman Perkembangan Teknologi
1. Sumbangan Awal Sebelum 1940
· Penggunaan mesin Abakus sebagai pengira 3000 BC
2. Generasi Pertama ( 1940-1958 )
· Tiub Vakum
3. Generasi Kedua ( 1959 – 1963 )
· Transistor
4. Generasi Ketiga ( 1964 – 1980 )
· Litar bersepadu atau cip
5. Generasi Keempat ( 1980 – Kini )
· Litar bersepadu berskala
· Intel memperkenalkan mikropemprosesan 286

    iii.            Penggunaan Teknologi Maklumat dalam Kehidupan
1. Pendidikan
· Alat membantu pengurusan
· Alat Bantu mengajar
· Internet dalam pendidikan
2. Perindustrian
3. Perdagangan

    iv.            Koridor Raya Multimedia (MSC)
· Merupakan tonggak dan strategi pembangunan bagi mencapai Wawasan 2020(29 Ogos 1995)
7 Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia
· Kerajaan Elektronik
· Sekolah Bestari
· Tele-Perubatan
· Pusat Penyelidikan R & D
· Pusat Pemasaran Tanpa Sempadan
· Jaringan Perkilangan seluruh dunia
· Kad Pintar pelbagai guna
v.    Asas Sistem Komputer
 




vi.              Keselamatan
Peraturan dan Penyenggaraan Komputer
Peraturan penggunaan makmal :
· Pelajar tidak dibenar masuk tanpa pengawasan guru
· Tidak dibenarkan membawa makanan
· Tidak dibenarkan membawa keluar brg-brg makmal
· Tidak dibenarkan membawa beg masuk
· Tidak dibenarkan mengubah suai kedudukan/susunan komputer
· Pastikan makmal sentiasa bersih.
· Dsb(rujuk ms.22)

a. Penjagaan Perkakasan
Komputer merupakan barang sensitif dan mahal.
· Elak kom. terkena air
· Elakkan kom. diletakkan tempat yg berdebu dan suhu tinggi
· Elakkan kom. diletakkan berhampiran dgn alat elektrik /bermagnet
· Jarak kom. 7cm dr dinding utk membenarkan peredaran udara
· Jgn bersihkan skrin dgn larutan beralkohol
· Dsb(rujuk ms 22)
b. Tugasan Penyenggaraan
Tugasan Harian
· Jalankan utiliti semasa menjalankan tugasan lain
· Imbas cakera keras utk membetulkan ralat logik
· Pastikan sistem operasi berjalan dgn baik,mulakan semula(restart)sekiranya telah lama digunakan.
Tugasan Mingguan
· Jalankan utiliti semasa menjalankan tugasan lain
· Imbas cakera keras utk membetulkan ralat logik
· Pastikan sistem operasi berjalan dgn baik,mulakan semula(restart)sekiranya telah lama digunakan.
Tugasan Bulanan
· Imbas cakera keras
· Buang aplikasi yg tidak digunakan
· Simpan(backup) dan kemaskini fail-fail system
· Kemaskini program utility & perisian anti virus
· Bersihkan perkakasan(papan kekunci dsb)
Menjaga Keselamatan Data
Terdapat data-data yg cukup bernilai spt data tesis
a. Jenis Penyalahgunaan Data
· Mencuru Data
· Memanupulasi data
· Mengintip
b. Keselamatan Data
· Membentuk kata laluan
· Mengakses mengikut tingkat keperluan
· Prosedur
· Membina pangkalan data menggunakan perisian yg stabil dan selamat
c. Membuat Salinan Data
· Gunakan perisian & cara yg sesuai ketika operasi menyimpan dan menyalin
· Pemilihan peranti dalam operasi penyimpanan data amat penting
· Simpan secara berkala


VIRUS
Virus Komputer aturcara komputer yg ditulis utk merosakkan perisian dan perkakasan komputer

a. Punca serangan Virus
· E-mel
· Cakera padat,pen drive,dan storan sekunder mudah alih
· Perisian program atau bahan yg dimuat turun dari internet
· Selitan mesej

b. Tanda-tanda serangan virus
· Perjalan system kom. menjadi perlahan/merosot
· Kandungan dlm cakera keras berubah
· Tugasan sistem operasi dan program sukar dijalankan
· Merosakkan Fail Allocatiaon Table(FAT) dan sector but
· Terdapat hidden file
· Fail data atau program hilang
· Format/label fail yg disimpan berubah

c. Cara-cara mengelakkan serangan Virus
· Sentiasa mengemaskini,mengimbas & memantau laluan keluar masuk/keluar dari rangkaian
· Sentiasa mengemaskini,mengimbas dan memantau aplikasi yg berkaitan dgn internet
· Memasang/mengemaskini program anti virus
· Jgn membuka e-mel yg tidak diketahui sumbernya
· Sentiasa mengimbas cakera keras mengikut jadual
· Elakkan menggunakan cakera mudah alih org lain/kom.awam
· Buat bacaan mengenai info terkini tentang virus

2. Terdapat pelbagai kegunaan teknologi maklumat dalam kehidupan. Sila nyatakan serta beri contoh pada setiap pernyataan yang menyokong ayat diatas.
a. Pendidikan
- Alat membantu pengurusan
- Alat bantu mengajar
- Internet dalam pendidikan
b. Perindustrian
Industri yang menjadi teknologi maklumat sebagai produk.Cth : Industri
- perisian,bioteknologi,perkakasan dan lain-lain lagi.
- Industri yang menggunakan aplikasi teknologi maklumat. Industri perbankan dan insuran.
c. Perdagangan
- digunakan oleh peniaga dalam bidang pengurusan , perakaunan dan simpan kira. Juga digunakan oleh peniaga dalam memberikan perkhidmatan pelanggan yang sempurna.

Topik 2 PEMPROSESAN PERKATAAN

Asas Pemprosesan Perkataan
Microsoft Word
· Pakej perisian pemprosesan perkataan yg lengkap dgn kemudahan dlm menghasilkan elemen-elemen teks yg berkualiti(penyuntingan,penetapan reka letak,percetakan dan penyelaras yg menyeluruh serta mudah digunakan

1. Reka Letak Halaman
Menu File
  > Mengandungi semua arahan yg berkaitan dgn pengurusan fail/dokumen(membuka fail baru,membuka & menutup fail,menyimpan fail baru dan lama,memapar dan mencetak kandungan fail atau dokumen)
Menu Edit
· Proses pengubahsuaian fail(menyalin,menampal bhg teks,mencari perkataan tertentu dlm fail)
Menu View
· Berkaitan rupa bentuk paparan fail/dokumen di skrin
Menu Insert
· Proses penambahan elemen dlm satu fail/dokumen yg telah dibina(jenis ketebalan teks,jarak langkau dsb)
Menu Tools
· Proses penyemakan setiap teks yg ditaip(penyemakan ejaan,tatabahasa dsb)
Menu Table
· Membina dan mengubahsuai jadual
Menu Windows
· Paparan fail/dokumen di skrin
Menu Help
· Kemudahan bantuan
Butang Menu/Ikon
· Butang khas/ikon utk memudahkan kerja pemprosesan perkataan
2. Membina Dokumen Baru dlm Microsoft Word

3. Membuka Dokumen yg telah Tersedia
· Jidar
· Justifikasi
4…Mengedit Dokumen
· Memindahkan teks
· Menyalin teks
· Memadamkan teks
· Menyimpan dokumen

Penyokong Pembacaan
1. Mengubah Suai Spesifikasi Teks
· Muka taip,saiz & group font(kum. Huruf)
· Memilih teks utk menukar bentuk
· Menukar bentuk teks
· Saiz huruf
2. Header dan Footer,Gaya dan Kerangka
· Header dan Footer
- utk menjadikan fail kelihatan lebuh formal dan berformat serta kemas

1. Jenis Formatan Dan Grafik
Jadual
· Alat serba guna utk mempersembahkan data dgn format yg mudah dibaca
a. Memasukkan data
b. Memasukkan dan memadam baris dan lajur dlm jadual
c. menyelit dan memadam baris atau lajur

2. Memformat Perenggan,Inden
3. Membina dan mengimport Grafik
4. Mencetak Dokumen
5. Keluar dari Perisian Microsoft Word


Topik 3 : FITUR LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN

Cantuman Mel
· Merupakan suatu kelebihan dlm pemprosesan perkataan terutamanya dlm surat menyurat
Penerbitan Meja
· Membenarkan integrasi teks dan grafik dari pelbagai sumber dan menukarkannya kpd hampir semua jenis penerbitan utk dilihat semula,dicetak atau utk digunakan pada internet


Topik 4 : PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

Perisian persembahan elektronik membantu pembina perisian membuat persembahan dgn menggabungkan unsur animasi,grafik,audio,video dan teks bertujuan menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak membosankan
Persembahan Elektronik  · Media untuk menyampaikan maklumat
Kegunaan dan kelebihan persembahan elektronik
· menggabungkan unsur multimedia(grafik,animasi,audio,video dsb)
· menjimatkan masa
· mesra pengguna
· Interaktif
Reka Letak
· Ilmu atau kemahiran yg digunakan utk meletakkan dan menyusun media pd paparan bg membentuk persembahan yg menarik
Prinsip Reka Letak CASPER
· Panduan menyusun media spt teks,grafik,animasi dan video pd sesuatu persembahan yg dpt merangsang perhatian dan minat penonton
C – Contrast(Perbezaan yg ketara)
· Perbezaan antara dua objek,pembangun perisian perlulah memilih warna yg kontra
A – Alignment(Susunan lurus)
· Setiap item yg hendak diletakkan dlm muka perisian perlulah seimbang dgn muka perisian spy kelihatan menarik
S – Simplicity(Mudah)
· Grafik dan animasi perlulah ringkas dan dpt merangsangkan pengguna memahami maksud yg disampaikan
P – Proximity(Berhampiran)
· Item yg digunakan dlm muka perisian perlulah dikumpulkan pd satu kawasan, supaya nampak keseimbangan yg wujud antara item
E – Emphasis(Penakanan)
· Memberi penekanan kepada perkara yg dirasakan penting
R – Repetition(Pengulangan)
· Terdapat satu piawai antara muka perisian supaya pengguna akan dpt mentafsir dan memahami dgn mudah arahan yg diberikan oleh perisian. Pengulangan akan membantu pemahaman pengguna

5 unsur persembahan elektronik
· Kandungan elemen seni  · Keperluan persembahan · Golongan Sasaran · Lokasi Persembahan
· Mesej perlu tepat

Papan Cerita

Adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yg digunakan dlm aplikasi perisian multimedia
Kelebihan Papan Cerita
· Membolehkan pembangun perisian mencambahkan minda dan idea
· Merancang reka bentuk muka perisian di peringkat awal
· Menzahirkan idea sebelum dipindahkan di atas paparan komputer
· Merancang dan mengaplikasikan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran dgn mudah
· Segala perubahan dpt dilakukan dgn mudah
· Menjimatkan masa dan kos pembinaan perisian
· Mengurangkan risiko tertinggal maklumat persembahan yg penting
· Mengaplikasikan pelbagai teknik reka bentuk perisian

Elemen yg diambil kira ketika membina papan cerita
· Warna latar belakang
· Jenis font
· Saiz huruf
· Warna huruf
· Format gambar
· Format video
· Format audio
· Format animasi

Integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran
a. Alat Bantu Belajar
· Persembahan
· Tunjuk ajar

b. Alat Bantu Belajar
· Tuturiol-penerangan,demonstrasi/latihan
· Penerokaan-mencari & mengakses maklumat
· Aplikasi- alat aplikasi(alat membantu murid
melaksanakan tugas dlm
pembelajaran)



Kelebihan Persembahan Elektronik
Motivasi
· Dpt memotivasikan murid dlm pembelajaran.bermotivasi utk belajar dgn menggunakan medium yg baru
Menarik
· Mengaplikasikan kesemua unsur multimedia dpt menarikperhatian pengguna
Mesra Pengguna
· Ikon yg digunakan dlm pembinaan persembahan elektronik mudah difahami.Arahan tidak mengelirukan
Interaktif
· Dpt membenarkan keadaan pembelajaran yg aktif

Kelemahan Persembahan Elektronik
· Alatan yang mahal
· Alatan yg sensitif
· Masa pembinaan


Topik 5 : HAMPARAN ELEKTRONIK

Hamparan elektronik merupakan satu ledger perakaunan/helaian kerja saintifik yg disusun mengikut baris dan lajur yg dicipta,diedit,diolah dan dipaparkan oleh komputer
Aplikasi hamparan elektronik membolehkan pengguna :
· Menyimpan rekod
· Memadam rekod
· Mengedit rekod
· Menyusun dan mengisih rekod
· Membuat pengiraan matematik,statistik,kewangan&kejuruteraan berdasarkan formula dan function
· Memaparkan maklumat dlm bentuk jadual dan carta
Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna:
· Menyimpan data dan mengolahnya
· Melakukan format pd worksheet
· Menghasilkan carta berdasarkan data
· Melaksanakan pengiraan matematik,statistic,kejuruteraan dan kewangan


Jenis data Input dan fungsi operasi matematik
Operasi matematik yg biasa digunakan :

+ tambah , - tolak , * darab , / bahagi

Fungsi matematik/tujuan
SUM - carikan jumlah
AVERAGE - Carikan nilai purata bagi range
COUNTIF - Kirakan kekerapan suatu nilai dlm satu
range
IF - memberi respon jwp yg pelbagai bg input yg
Berbeza

Fitur-fitur asas hamparan elektronik
· Menyusun dan mengisih data
· Menapis data
· Pembinaan jadual
· Pembinaan carta

Integrasi Hamparan Elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran
· Membina jadual
· Membina carta
· Membina ujian


Topik 6 : PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 

Penyenggaraan Perisian
ScanDisk
· Mengesan dan memperbaiki masalah fizikal dan logical yg terdpt pd cakera keras dan cakera liut
· Mencari dan membuang fail-fail yg tidak dikehendaki
· Membetulkan kedudukan fail-fail pd sektornya
Disk Defragmentar
· Membolehkan data dicapai dgn lebih cepat
· Program beroperasi dgn lebih pantas
Instalasi Perisian
· Instalasi Auto
· Instalasi Manual
Rangkaian Komputer
· Adalah koleksi sejumlah komputer yg boleh berkomunikasi antara satu sama lain melaui media yg dikongsi
Kegunaan Rangkaian Komputer
· Untuk berkongsi sumber atau perkakasan
· Untuk berkongsi perisian
· Untuk meningkatkan produktiviti
· Kos efektif
· Cepat dan segar

Komponen Rangkaian Komputer
· Merangkumi semua komputer,periferal,kad antaramuka dan beberapa peralatan bagi menjalankan pemprosesan data dan komunikasi di dalam rangkaian.
Terdapat tujuh komponen yg diperlukan sbg perkakasan rangkaian :
· Fail pelayan ( server )
· Stesen kerja
· Kad antara muka rangkaian (NIC)
· Concentrators / Hab
· Pengulang ( Repeater )
· Jambatan ( Bridges )
· Router – berfungsi sbg penterjemah informasi dari satu rangkaian ke satu rangkaian yg lain

Topologi Rangkaian
· Merujuk kpd bagaimana komputer-komputer tersebut disambungkan secara pemetaan
Jenis-jenis Topologi
· Topologi Bas atau Linear Bas
· Topologi Bintang (Star)/Labah-labah(Spider)
· Topologi Gelang Token(Token Ring)
· Topologi Pepohon(Tree)
· Aturan 5-4-3
· Topologi Hierarki

Protokol Rangkaian
· Adalah satu piawaian yg membolehkan komputer dan peralatan teknologi maklumat berkomunikasi antara satu dgn yg lain. Ia digunakan utk mengawal komunikasi dlm rangkaian

Virus Komputer
· Tidak timbul secara ajaib tetapi ia ditulis direka oleh seorg dgn maksud tertentu. Virus komputer berupaya merebak dan menjangkiti program lain pd sistem komputer

BOMB
· Merupakan program komputer yg tidak merebak tetapi menghasilkan ’letupan’. Ia tidak dpt diramalkan bila BOMB akan meletup

CACING
· Program dengki yg boleh menjangkiti dan merebak dlm memori atau dlm cakera sehingga tidak ada memori penuh/tidak ada ruang kosong dlm cakera. Ia tidak boleh meletup.

Topik 7 : INTERNET

Inter dan Networking
· Merupakan satu rangkaian komputer yang menghubungkan berjuta-juta komputer di merata dunia

Protokol Komunikasi
· Internet merupakan satu sistem komunikasi yg menggunakan sambungan fizikal(biasanya talian telefon) untuk menyambungkan komputer ke jaringan komputer

Protokol
· Satu set panduan/bahasa yg digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi dlm suatu rangkaian
a. Jenis Laluan
i. IP ( Internet Protokol ) Connection
ii. Dial Up Connection
b. Di Malaysia
i. JARING
ii. TMNet
c. Alamat Internet ( IP Address )
cth : 
www.microsoft.com
server web organisasi jenis organisasi
Perisisan Web Browser
· Internet Explorer
· Netscape
· Safari
· Mozilla
Bahasa Internet
· Bahasa HTML (hypertext markup language)
· Bahasa JAVA
Kegunaan Internet
· Maklumat yg boleh diperolehi lebih cepat dan murah dgn aplikasi
· Mengurangkan perbelanjaan kertas dan kos pengeluaran dan penyebaran
· Sebagai media iklan/promosi
· Komunikasi Interaktif(cth: multimedia, E-mail) dsb)
· Sbg alat Research and Development( cth antara Universiti
· Pertukaran Data ( spt dlm bidang perubatan )
Perkhidmatan Asas Internet
· Laman web – utk mendaptkan maklumat
· Mel-Elektronik ( E-mail) – aktiviti pertukaran mesej dlm bentuk elektronik
· Group Web – Sekump pengguna berlumpul,berbincang,berborak dan bertukar-tukar maklumat di dlm kump.

Penggunaan Internet dalam Pendidikan
1. Menyampaikan Maklumat
· Projek
· Rancangan Pelajaran
· Bahan maklumat yg menarik dan terkini
· Bhn bacaan & kemahiran berbahasa
· Perkongsian bahan maklumat
2. Pencarian Maklumat
3. Pengajaran dan Pembelajaran
· Kategori pembelajaran tutorial
· Kategori pembelajaran penjelajahan
· Kategori pembelajaran aplikasi
· Kategori pembelajaran komunikasi



Topik 8 : PENGAJARAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

PPBK ialah pengajaran atau kursus, yg disampaikan menggunakan pakej perisian pendidikan yg dibina oleh pembangun perisian dgn menggunakan komputer.
·         Video/ Audio/ Animasi/ Teks/ Grafik
·         Aplikasi Komputer
·         Digunakan secara berfikrah,terancang dan bersesuaian dgn aktiviti p & p
·         Maklumat bermutu dan berkesan
Empat Fasa Penting dlm mempastikan keberkesanan PPBK
· Menyampaikan maklumat
· Mesra pengguna
· Latihan oleh pelajar
· Mengukur pencapaian pelajar

Kebaikan PPBK(Pusat Perkembangan Kurikulum)
· Berkeupayaan meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran
· Meningkatkan motivasi murid dlm pembelajaran
· Mewujudkan suasana pembelajaran yg menyeronokkan dan mencabar
· Membolehkan murid melaksanakan eksperimen yg terlalu sukar,mahal,mustahil dan bahaya
· Membentuk pemb koperatif serta memberi peluang kpd murid belajar secara berkesan dgn bimbingan yg minimum serta masa berinteraksi dpt dijimatkan

Kandungan PPBK
a. Komponen Asas
· Set Induksi
· Perkembangan
· Penilaian
b. Komponen Tambahan
· Ulangkaji
· Pengayaan
· Pemulihan
· Pengukuhan
c. Komponen Maklumat
· Maklumat mencukupi & menepati sukatan pelajaran dan berkaitan dgn tajuk
· Menggunakan bahasa penyampaian yg sesuai & mudah difahami oleh pengguna
· Tidak banyak melakukan kesilapan ejaan,tatabahasa dan nahu

Jenis-jenis PPBK
· Tutorial                · Latih tubi
· Permainan            · Simulasi
· Tunjuk Cara
 · Ujian


Topik 9 : Penilaian Perisian Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer

Penilaian – satu prinsip utk mengukur pencapaian secara sistematik. Penilaian terhadap perisian perlulah sentiasa dilakukan kerana keberkesanan sesuatu perisian diketahui setelah penilaian dibuat.
Dua jenis bentuk penilaian
·      Penilaian Pembangunan Perisian
Kegagalan guru bestari menggunakan perisian PPBK sbg alat bahan bantu mengajar dan belajar secara optimum adalah disebabkan kelemahan teknik menggunakan perisian dan kegagalan menilaian perisian
Utk membentuk proses p&p menggunakan perisian secara terancang dan berfikrah guru mestilah dilatih teknik mengguna dan memilih perisian penilaian dan pemilihan alat bantu mengajar dan belajar perlu dilakukan secara terperinci dan terancang bg menjamin perisian yg dipilih dpt digunakan dan mencapai obj.

· Pemilihan Perisian
Proses membuat pertimbangan bg memastikan perisian yg hendak digunakan bersesuaian dgn kurikulum serta mencapai obj. P&p

Kesilapan Guru dalam memilih perisian boleh menyebabkan :
· Pembaziran masa dan tenaga
· Menghalang pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi dgn lebih produktif
· Menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi
· Mengelirukan pelajar

Kaedah Penggunaan Perisian
Proses Pengajaran menggunakan perisian :-
· Persembahan
-menggunakan perisian sbg media utk menyampaikan maklumat
· Tunjuk cara
-guru menggunakan alat utk membuat demenstrasi.Kaedah ini digunakan bg menerangkan cara,tingkah laku,tugas,tindak balas atau eksperimen yg hendak dijalankan
Proses Pembelajaran yg menggunakan perisian :-
· Teknik Toturial
· Penerokaan
· Aplikasi
· Komunikasi

Proses Penilaian Pembangunan Perisian
Penilaian Formatif
· Penilaian yg dilaksanakan di sepanjang proses pembangunan perisian multimedia


Kriteria Pemilihan Perisian ( 7 Kriteria )
· Sumber & Literasi
· Tentukan strategi P&P menggunakan perisian
· Mesra Pengguna
· Kandungan
· Media
· Proses P&P perisian
· Kesesuaian Prasarana

Penilaian Sumatif
· Penilaian yg dilakukan di akhir proses membangunkan perisian



Topik 10 : INTEGRASI TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Peranan Guru Dalam Penggunaan TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
a. Motivasi
· Dapat menarik perhatian murid
· Melibatkan murid melalui kerja-kerja penghasilan
· Meningkatkan anggapan bahawa murid sendiri yang mengawal pembelajaran
b. Menyokong pendekatan baru dalam pengajaran
dan pembelajaran
· Pembelajaran Koperatif
· Memudahkan penyelesaian masalah
· Intellectual partnership
c. Meningkatkan produktiviti guru
d. Keupayaan pengurusan pembelajaran murid
· Menghubungkan murid kpd sumber pembelajaran melalui penggunaan rangkaian dan laman web internet
· Membina bahan media bagi membolehkan murid mendapat gambaran permasalahan yg perlu diselesaikan serta menunjuk cara penyelesaian masalah
· Menjejak perkembangan pembelajaran murid melalui sistem pengurusan pembelajaran dlm talian
e. Merupakan kemahiran yg diperlukan utk era
maklumat
· Literasi tentang teknologi
· Literasi maklumat
· Literasi Visual

Perancangan pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat dan komunikasi
· Keupayaan Guru
· Keupayaan Murid
· Prasarana persekitaran
· Sokongan dari pihak pentadbiran dan masyarakat setempat

Kesan Penggunaan TMK
· Boleh meneroka dan menyampaikan secara dinamik dlm pelbagai bentuk
· Lebih tinggi keyakinan diri dan kemahiran sosial
· Boleh berkomunikasi secara berkesan mengenai perkara-perkara yg kompleks
· Mempunyai kemahiran akses kendiri dan terarah kendiri
· Mengetahui kebolehan masing-masing dan boleh berkongsi dgn org lain
· Boleh bekerja secara kolaboratif
· Lebih bersedia utk menghadapi masa depan

Kategori Mod Pengajaran dan pembelajaran
a. Mod Tutorial
· Pendedahan kandungan
· Tunjukcara sesuatu fenomena dgn kawalan sistem
· Latihan atau latih tubi yg disampai dan dikawal oleh sistem
Kebaikan
· Dpt mengindividukan pembelajaran
· Murid boleh belajar dgn seliaan guru yg minimum
· Murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri
· Meningkatkan motivasi murid utk belajar
Kelemahan
· Boleh mengakibatkan peningkatan tempoh masa yg diperlukan murid utk mempelajari sesuatu kandungan pelajaran
· Boleh mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga
 

c. Mod Aplikasi
· Digunakan sebagai medium utk membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran dan menyalurkan maklumat kpd orang lain.
Kebaikan
· Murid dpt memberikan tumpuan kpd aktiviti pem sebenar kerana kerja-kerja pemprosesan data telah dipermudahkan
· Meningkatkan kemahiran menggunakan pelbagai aplikasi komputer
Kelemahan
· Memastikan murid mempunyai kemahiran menggunakan sesuatu aplikasi
· Masalah teknikal semasa menggunakan aplikasi

b. Mod Penerokaan
· Mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan drpd bahan sumber spt CDROM,portal maklumat dan internet
· Mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara
tunjuk cara di bawah kawalan murid sendiri
· Mengalami,mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi di bawah kawalan system
Kebaikan
· Memupuk pemikiran kritis
· Memberi peluang murid menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran mereka
· Mendorong penglibatan murid yg lebih mendalam terhadap kandungan pelajaran
· Membuka peluang kpd guru menerapkan strategi-strategi pem yg berasaskan teori pembelajaran constructivism
Kelemahan
· Kemungkinan berlaku situasi di mana murid akan tersasar dr matlamat utama penerokaan
· Pendedahan kpd terlalu banyak pilihan mungkin menyebabkan murid tidak dpt memfokus kpd obj pem


d. Mod Komunikasi
· Digunakan sbg medium perhubungan oleh guru dan murid di lokasi yg berbeza menghantar dan menerima maklumat antara mereka.
· Perkongsian maklumat boleh berlaku melalui bentuk teks,grafik,audiuo,video atau pelbagai kombinasi
Kebaikan
· Memupuk interaksi anatara murid melalui aktiviti pem koperatif dan kaloboratif
· Memupuk budaya bekerjasama murid dgn org luar dlm proses pem
· Boleh melibatkan kepakaran org luar dlm proses pem.
· Capaian kpd maklumat yg terkini
Kelemahan
· Kemungkinan berlaku situasi di mana murid akan tersasar dr matlamat utama komunikasi iaitu utk mempelajari kandungan pelajaran
· Pendedahan kpd budaya luar yg mungkin mempunyai kesan buruk kpd sistem nilai pd murid
· Kos yg tinggi utk terus berkomunikasi