Sunday, December 7, 2014

Cantiknya Seorang Perempuan


Assalamu'alaikum..


"Cantiknya seorang perempuan itu terletak pada muka yang bersinar dengan cahaya wuduk, pada bibir yang selalu berzikir, pada tubuh yang dibaluti pakaian takwa dan pada hati yang ikhlas mengharap redha Ilahi".


Saturday, November 29, 2014

Cukuplah Allah bagiku....

Assalamu'alaikum, 
Jom sama-sama mengamalkan ayat dari surah at-TAubah 9:129 pada setiap pagi dan petang, in shaa Allah  akan terangkat segala masalah, terbuka pintu rezeki, mudah segala urusan dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.


Wanita Yang Berkat


Rasulullah bersabda, bermaksud: "Wanita yang paling berkat ialah yang paling murah maharnya dan mudah urusan perkahwinannya."




Thursday, November 20, 2014

I'm Officially Graduated :)

Assalamu’alaikum

Alhamdulillah, now i’m officially graduated..a holder degree in accountancy with honors..
Terima kasih buat semua yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar terutamanya Ummi & Abah, Along dan Adik-adik… love u all so much… J
with my lovely & sweet junior..#hanim.mokhtar

gifts from ummi abah, cazen n friends...thanks a lots... :)

Begitu juga terima kasih yang amat buat guru-guru dari SMKAM, KMKN dan USIM yang telah banyak memberi ilmu tanpa mengenal erti jemu hanya Allah yang mampu membalasnya, jasamu tetap dikenang walau sejuta tahun lamanya…terima kasih cikgu.. J
Begitu juga buat teman-teman yang sama-sama berhempas pulas dalam menuntut ilmu, berpenat lelah demi membanggakan ibu dan ayah serta menjadi anak bangsa yang berbakti untuk agama dan negara..in shaa Allah…halangan demi halangan dalam menuntut ilmu ini dapat ditempuhi dalam pahit manisnya selama 4 tahun ni…friends we did it‼ Alhamdulillah, praise to Allah the almighty.. J


Sekarang masih fikir dengan sesungguhnya…hala tuju sebenar…tapi masih lagi di persimpangan…may Allah ease everything…amiin.. J




*to my junior all the best... :)
#sedihnye xleh nk upload picture family buat masa ni, copy dlm camera cazen..xpe lh masih ad masa lgi..next time may be.. ^_^

Monday, November 10, 2014

Kek Coklat Moist

Assalammu’alaikum J
-----------------------------------------------------------------
Alhamdulillah masih rasa rajin untuk menulis kat blog ni…mungkin untuk menghilangkan rasa xsabar nk grad kot..hehehe..maklum lh kadang2 nervous jugakkan nak naik pentas nak ambil scroll ijazah ni…Ana selalu buat kek coklat moist ye lah gila coklat kan lagi-lagi kek coklat. Kek coklat ni bertambah sedap rasanya bila kita simpan dalam peti ais semalaman baru makan, makan sejuk-sejuk, minum pula dengan air susu Duthlady (my favourite) makinlah sedap.. J

Ana selalunya kalau time2 kt kampus dulu nk buat sendiri xboleh kan jadi kek coklat Anis lh yang selalu Ana beli..hehehe



Kek Coklat Moist ( Kukus/Bakar)
Bahan-bahannya
Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
Bahan B
3 biji telur
1 cawan gula
Beberapa titik esen vanila (Ana sukat guna 2 penutup botol esen vanila tu)
Bahan C
1 cawan minyak masak /minyak jagung
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
½ cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko

*Untuk Topping dan Hiasan*
½ cawan susu cair
200g coklat masakan
 2 sudu besar butter (option-ana xletak pun)
1 sudu besar gula
Beberapa sudu gandum untuk memekatkan lagi topping coklat ni ( xdelah cair sangatkan J )
#untuk yang ni kadang2 Ana guna double boiling kadang xpun.. heheheh

Cara-caranya
  1. Ayak tepung gandum bersama, baking powder dan baking soda, ketepikan (campurkan semua Bahan A). Panaskan pengukus/oven.
  2. Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih, masukkan gula dan esen vanila (Bahan B) pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
  3. Seterusnya, campurkan semua Bahan C, minyak masak /minyak jagung,  air suam, susu cair, susu pekat, serbuk koko dan panaskan diatas dapur beberapa minit dengan suhu sederhana.
  4. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan acuan Bahan C, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
  5. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit @ bakar 30 min/20min, kemudian sejukkan.



Selamat Mencuba.. J

Sunday, November 9, 2014

Warkah Cinta Sahabat

Assalamualaikum Sahabat
...........................................................................................................
  • Allah jua maha mngetahui ape yg tersirat dlm hti hamba2NYA..
    Duhai sahabat, jgn bimbng jgn khuatir, sbar lh duhai hati menunggu saat itu, jgn berhenti utk berdoa..
    Tidakkah kau ingat akan janji Allah...tidakkah kau selalu berpesan padaku dahulu..
    Duhai hati jgn bersedih jgn terasa risau..kerana pasti ada kebahagiaan utk org2 beriman dan bertaqwa pda Allah..
    Sahabatku selamat berjihad...walaupun jalan itu sukar bagimu…
    kini langkah kita tidak lagi sehaluan, engkau di selatan aku di timur
    namun, ketahuilah engkau selalu dihatiku..kerna diatas nama Allah kita bersahabat
    tidakku mampu untuk bahagiakanmu seperti mana shbat2mu yg lain bahagiakan dirimu..
    namun kuharap ada saat waktu aku dapat bahagiakan dirimu wahai sahabat walaupun seumpama setitik air cuma
    Kusedar ada masanya aku tidak cukup matang dalam bersahabat, tidak memahami sedangkan mereka sangat memahamiku..maafilah aku atas segalanya..
    Duhai sahabat ketahuilah aku sangat merinduimu…semoga Allah sentisa menjagamu walau dimana pun dirimu
    “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.”

    Fahana J

Perempuan Yang Suci

===============================================

"Perempuan y suci adlh permpuan y djaga oleh ALLAH, Tidak sdikit pun ALLAH mbenarkn mn2 lelaki myentuh dirinya wlaupn hatinya.. Kerana ALLAH teramat mcintainya... Tetapi andai kita bgelumang dgn cinta lelaki,di mana ALLAH utk mnjaga kita?..ALLAH seperti mlepaskn kita kpd se0rg mnusia y lbih byk mngecewakn kita" Jika ALLAH dtgkn ksedaran dlm diri supaya meningglkn cinta se0rg lelaki,b'mkna ALLAH mahu ambil kita kmbali utk djagaNya..Mengapa masih ragu2?..Kekuatn usah dtggu tp mesti dcari.Hargailah kesemptn y ALLAH berikn..
"Sebesar2 d0sa adlh d0sa y dlakukan ketika kta rsa bd0sa mlakukannya" -Imam Ghazali-

It's raining

Assalamu'alaikum..subhannur..it's raining again..

During The Rain 
Narrated Sahel Ibn Sa'ad (RA): that the Messenger of Allah (SAW) said: 'Two will not be rejected, Supplication when the Adhan (call of prayer) is being called, and at the time of the rain'.
[Al-Hakim 2: 114, and Abu Dawud #2540, ibn Majah] 

---------------------------------------------------------------------------------

Let's pray...


Zaman Moden & Kerosakan di Bumi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih diberi nafas untuk meneruskan perjalanan hidup di dunia ini. Allah maha besar yang menciptakan seluruh alam semester. Masih mengira-ngira sepanjang 23 tahun aku diberi nafas percuma oleh Allah dengan penuh kasih sayangNya berapa kalikah aku tunduk bersujud dengan penuh kekusyukkan atau hanya sekadar melaksanakannya, mengabdikan seluruh hidupku kepadaNya..terkadang lalai dengan keduniaan mencari-cari keindahan dan kebahagian yang pastinya tidak kekal abadi..

Bila susah kita mendatanginya dengan air mata dan sedih yang amat sarat, lantas dengan penuh Kasihnya Ilahi menghadiahkan penawar buat mengubati luka-luka ujian yang dihadapi oleh hambaNya...Namun, bila sudah terubat kita lupa padaNya...

............................................................................................................................................................

Dunia makin tua hanya menunggu tibanya kehancuran datang......sudahkah kita bersedia??sudahkah kita bertaubat??sudahkah kita melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah ini?

Mari kita lihat kembali sejarah lalu dan dunia masa kini....

1.   Perang dunia pertama (kematian dianggarkan melebihi 35 juta orang hanya selama 4 tahun dari 1914-1918)

2.   Revolusi Rusia/Bolshevik(kematian dianggarkan 8-10 juta orang akibat perancangan 95% kaum Yahudi di Rusia yang diketuai Vladimir Lenin)

3.   Perang Dunia kedua(Kematian dianggarkan 55-70 juta orang,juga perancangan Keluarga Elite/Ahli Jemaah Dajjal dan dari perang ini lahir la negara Haram Israel,Semua ini berlaku dalam masa 6 tahun sahaja 1939-1945)

4.   Serangan Bomb Atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki yang hanya boleh dilakukan oleh manusia yang berhati binatang seperti Yakjuj dan Makjuj telah membunuh seramai 225 ribu orang yang tidak bersalah..dan beribu lagi yang sengsara akibat Radiasi Nuklear untuk beberapa tahun lamanya.

5.   Virus Aids juga telah dicipta khas oleh Ahli Jemaah Dajjal ini untuk manusia dibenua Afrika,Amerika latin dan Asia di sebuah makmal ketenteraan di Amerika(Fort Mckinley)dan telah berjaya membunuh seramai 30 juta orang dan virus ini masih bergerak tanpa henti mengambil nyawa manusia hingga kini.

6.   Sejak 2001 Peperangan terhadap Umat Islam telah dimulakan di Afganistan dan seterusnya keatas Iraq,Libya dan paling Meyayat hati adalah di palestin..peperangan ini telah Meragut Berjuta juta nyawa Umat islam dan sekarang mereka ini ingin menyerang Iran pula..

7.   Dengan senjata baru iaitu HAARP(High Frequency Active Auroral Research Program) yang dicipta khas untuk membunuh manusia secara skala besar telah digunakan secara meluas dan akan digunakan lagi pada masa yang akan datang..bagaimana??Anda pasti ingin tahu..

Dengan mengunakan HAARP Gempa bumi,Ribut taufan,Letusan gunung berapi,Tsunami dan Banjir besar boleh dilakukan dengan senang sekali..

Untuk mengetahui lebih lanjut you all boleh baca di sini http://piizii.blogspot.com/2013/04/pembongkaran-kaum-yakjuj-dan-makjuj.html


Saturday, November 8, 2014

Vacancies for Accounting Student - Kelantan

Bank reconciliation statement.. Happy Reading @_@

Assalamu’alaikum.. J
This is one of the question that has been ask in interview and of course in exam. Please take note ya accounting student but this is only basic and sometimes we forgot theoretically. Keep it in your mind always because you need to apply this in your work. J

Bank Reconciliation
Bank reconciliation statement is a report which compares the bank balance as per company's accounting records with the balance stated in the bank statement.
It is normal for a company's bank balance as per accounting records to differ from the balance as per bank statement due to timing differences. Certain transactions are recorded by the entity that are updated in the bank's system after a certain time lag. Likewise, some transactions are accounted for in the bank's financial system before the company incorporates them into its own accounting system. Such timing differences appear as reconciling items in the Bank Reconciliation Statement.

The purpose of preparing a Bank Reconciliation Statement is to detect any discrepancies between the accounting records of the entity and the bank besides those due to normal timing differences. Such discrepancies might exist due to an error on the part of the company or the bank.

Importance of Bank Reconciliation
  • Preparation of bank reconciliation helps in the identification of errors in the accounting records of the company or the bank.
  • Cash is the most vulnerable asset of an entity. Bank reconciliations provide the necessary control mechanism to help protect the valuable resource through uncovering irregularities such as unauthorized bank withdrawals. However, in order for the control process to work effectively, it is necessary to segregate the duties of persons responsible for accounting and authorizing of bank transactions and those responsible for preparing and monitoring bank reconciliation statements.
  • If the bank balance appearing in the accounting records can be confirmed to be correct by comparing it with the bank statement balance, it provides added comfort that the bank transactions have been recorded correctly in the company records.Monthly preparation of bank reconciliation assists in the regular monitoring of cash flows of a business.

Enjoy yaa.. accounting is fun.. never say u can't.. because u'r owesome.. :)


Interview..@_@ Account Executive

Assalamu’alaikum.. J
Hope everyone in a good health..
Learning during interview..Valuable learning..I think that I’m very clear in doing full set account during my industrial training since I was successfully finished the task given by manager on time. But actually I just follow the process without understand and knowing the purpose financial report are prepared. That the main thing accounting student should know.
The answer is only one word CUTOFF

More explanation...
Cutoff relates to whether transactions and events have been recorded in the correct accounting period. Audit procedures must ensure that transactions occurring near year-end are recorded in the financial statements in the proper period.

For example, the auditor may want to test proper cutoff of revenue transactions at December 31. This can be done by examining a sample of shipping documents and sales invoices for a few days before and after year-end

Tuesday, August 19, 2014

kenangan semalam membawa rindu..



Salam sejahtera salam berbahagia kepada saudaraku, Alhamdulillah.. jejari ana rasa hendak memetik papan kekunci meluah rasa dihati yang tidak tertahan lagi. 


Tiba-tiba ana rasa terlebih feeling pulak hari ini, teringat pada teman-teman sepengajian. Iyalahkan siapa yang tidak rindu akan zaman yang penuh dengan suka duka gelak ketawa. Bila teringat kembali pengalaman yang pahit pun kita akan terasa manis kan sebab ianya laluan hidup yang memberi pengalaman yang pengajaran yang amat bermakna. Disini jugalah untuk kita membina jati diri menjadi seorang yang berwawasan dan berilmu.

Ana teringat pada semester 7 yang lalu semester yang penuh dengan pelbagai ragam kawan-kawan tidak terkecuali Ana juga..hehehe,..sebab Ana pun sebahagian dari mereka. Bila kelas seharian memanglah amat-amat letihkan tambahan lagi kelas kitaorang ni malam siap ada presentation dengan professor pulak tu.

Professor ni agak tegas bagi Ana, dalam kelas Ana tak ada seorang pun yang tidak akan disoal semuanya akan disoal bahkan setiap orang pelajar Prof tu kenal. Hendak dijadikan cerita pada malam tutorial berkenan kami dikehendaki membentangkan kertas kerja perniagaan secara berkumpulan. Kumpulan Ana merupakan kumpulan yang paling ramai ahli.
Jadi bila undi, group Ana group kedua untuk present. Bila check2 ahli tinggal dua orang lagi yang tidak hadir. Ana call salah seorang kawan ni lagipun diorang sebilik senanglah. Bila call si kawan ni jawab macam nak nangis, Ana cuaklah macam-macam dah fikir takut apa-apa terjadi. Rupanya terlambat sebab baru bangun tidur. Alhamdulillah diorang sempat datang kelas sebelum sampai turn kitaorang untuk present.

Selepas habis kelas tu barulah kami bercerita, rupa-rupanya diorang tertidur selepas pulang dari kelas petang tu. Ana jarang balik hostel kalau ada kelas malam bimbang tak dapat bas. Jadi bila tertidur tu terlajaklah diorang kelam kabut tak ingat dunialah dengan handak solat lagi.

Jadi adik-adik yang masih belajar tu jangan tidur yer petang kalau ada kelas malam. Lagipun, tidur selepas asar memang sangat tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan hilang kewarasan. Jika letih rehatkan badan yang letih tu adik2 bolehlah rendamkan kaki dalam air suam boleh hilangkan lenguh2 kaki, renggangkan sendi-sendi badan dengan senaman ringkas buat dibilik je, selepas itu segarkan badan dengan mandi.


Demam Denggi!! Mengancam nyawa..

Assalamualaikum, Alhamdulillah akhirnya ana dapat menulis lagi untuk kali ini. Yelah kan ana masih lagi bertatih dalam penulisan blog ini, bukan untuk sesaja taw motif ana adalah untuk memberi info dan berkongsi ilmu tambahan lagi sekarang ana masih bercuti “waiting for graduation day”..hehehe..may Allah ease everything. :)

Sebenarnya kali ini ana ingin berkongsi dengan semua mengenai DENGGI yang sekarang ni semakin merbahaya dan mangsanya juga turut meningkat hari ke hari. Minggu lepas umi ana telah disahkan demam denggi dan ditahan dihospital selama 5 hari. Jadi 4 malam jugalah ana bermalam di hospital temankan umi.

Jadi kerap jugalah tanya doktor dah boleh discharge ke tapi jawapan masih sama tidak boleh kerana platelet darah umi ana masih rendah. Umi asyik tanya platelet darah tu ape, yang ana tahu zaman belajar time form 3 dulu platelet darah tu sel-sel darah. Jadi nak tahu lagi detail ana pun google2 lah jadi nilah jawapannya:


Platlet darah adalah satu jenis sel micro yang terdapat dalam darah manusia. Fungsi-fungsi dan sifatnya masih tidak dikenalpasti dengan sepenuhnya oleh para saintis. Setakat ini, fungsi platlet darah yang diketahui secara umum adalah ia bertanggungjawab dalam proses pembekuan darah (hemostasis) khasnya pada tempat luka.

Satu piawai ukuran yang biasa digunakan untuk mengenalpasti tahap demam denggi seseorang itu adalah kandungan platlet darah (platelet). Bagi seseorang yang sihat, bacaan kandungan platlet dalam darah adalah sekitar 150 – 450 bpL (billion per Liter).

Menurut doktor, mangsa yang dijangkiti virus denggi, bacaan platlet darah akan mula turun sekitar hari ke-4 selepas gigitan nyamuk aedes itu. Apabila bacaan platelet darah menjadi kurang daripada 100 bpL, pesakit tersebut perlu dimasuk ke dalam wad hospital untuk jagaan rapi. Jika bacaan platelet darah menurun sehingga kurang daripada 10 bpL boleh membahayakan nyawa.

Merujuk Berita Harian 18 Ogos 2014 menyatakan kes deman denggi yang tertinggi adalah di Kelantan sebanyak 292 kes dan sebanyak 62 lokasi kwasan yang berisiko tinggi. Ini amat membimbangkan kerana peningkatan kes yang agak mendadak berbanding pada tahun 2013 lebih kurang 120 kes.
Jadi diingatkan kepada penduduk Kelantan dan seluruh Malaysia terutamanya untuk beringat dan mencegah sebelum ianya membawa maut. Antara tanda-tanda deman denggi adalah:

1. Demam Denggi Klasikal
Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pengidap tersebut. Pada bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah:
  • ·   Ruam yang disertai oleh demam panas. bagi orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ke3-4. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati.


2. Demam Denggi Berdarah
  • Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal yang utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah.
  • Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.
  • Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai 2-4cm di bawah tulang rusuk kanan. 
  • Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai 'Dengue Shock Syndrome'(DSS). 
(Diingatkan kepada semua supaya banyakkan minum air ye salah satu cara untuk meneutralkan asid dalam darah disebabkan oleh virus denggi: selain itu secara tradisional boleh juga makan sup ketam nipah)

Langkah-langkah pencegahan adalah:
Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah.
Ia tidak boleh membiak di dalam air yang kotor.
A. Di dalam rumah
  •  Ia membiak di dalam piring alas pasu bunga.
  • Tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi.
  • Perangkap semut. 
B. Di luar rumah
  • Di dalam tayar buruk.
  • Saluran air hujan.
  • Tin-tin kosong atau botol.
  •   Bata bangunan atau kawasan pembinaan.
  • Cawan getah.
  • Lubang pokok 
  •  Tunggul buluh
  • Ketiak daun seperti -pandan dan nenas
Thanks for reading ya.. :)