Monday, July 21, 2014

HBMT2103 V2 TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS PART 1 semester mei 2013

Sharing is caring, hope can help you.. :)
3.0  AKTIVITI PEMBELAJARAN MATEMATIK
Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang telah dibina, maka saya telah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlainan untuk murid lemah dan murid cerdas. Aktiviti dijalankan secara praktikal dan menggunakan bahan maujud iaitu murid-murid diberi peluang untuk melakukan sendiri aktiviti dan di pantau serta dibantu oleh guru. Seterusnya, sebagai tambahan murid cerdas akan diberikan aktiviti pengayaan berbentuk lembaran kerja manakala murid lemah akan diberi aktiviti pengukuhan iaitu melakukan aktiviti secara berulang. Aktiviti pembelajaran ini akan dilakukan dengan empat aktiviti iaitu dua aktiviti untuk topik Isipadu dan dua aktiviti bagi topik ruang dan bentuk.
3.1  Memahami Konsep Isipadu bagi Tahun 2
3.1.1         Aktiviti Pembelajaran 1: Perbandingan Kapasiti
AKTIVITI PELAJAR LEMAH
Hasil pembelajaran                 :                  

Di akhir pembelajaran, murid akan dapat membuat perbandingan secara terus terhadap kapasiti sesebuah bekas.
Bahan – bahan                         :

2 gelas minuman yang sama saiz
1 gelas berkaki
1 cawan

Langkah – langkah                  :

1.      Murid dibahagikan kepada kumpulan berempat dan mereka diminta melakukan aktiviti secara koperatif. Setiap kumpulan perlu melantik seorang sebagai pencatat.
2.      Setiap kumpulan akan menerima alatan dan bahan seperti yang dinyatakan di dalam Set 1.
3.      Murid diminta menuangkan air berwarna dari jag ke dalam cawan dan gelas berkaki.
4.      Kemudian, guru akan bersoal jawab dengan murid dan meminta murid cuba menyatakan pendapat bekas mana yang mempunyai paling banyak cecair dan bekas mana yang paling sedikit cecair.
5.      Seterusnya murid perlu menuang air berwarna di dalam cawan, gelas berkaki dan gelas kecil ke dalam gelas bersaiz besar yang berasingan.
 
6.      Murid memerhati kapasiti cecair di dalam 2 gelas besar tersebut.
7.      Murid berbincang tentang kapasiti setiap bekas dan lengkapkan pernyataan berikut:
Bekas yang mempunyai paling banyak cecair ialah ___________ .
Bekas yang mempunyai paling sedikit cecair ialah ____________ .
8.      Guru menyatakan kesimpulan bagi aktiviti yang dijalankan.
9.      Murid lemah mengulangi aktiviti.
  
3.1.2        Aktiviti Pembelajaran 2: Mengukur cecair menggunakan bukan unit piawaian

AKTIVITI UNTUK MURID CERDAS
Hasil Pembelajaran                      :

Mengukur isipadu cecair dengan menggunakan bukan unit piawaian.
Bahan – bahan                              :

1 jug air besar, 1 tumbler, 1 teko air
gelas sama saiz
cawan sama saiz
Langkah – langkah                      :

1.      Mula – mula guru akan bahagikan kelas kepada 3 kumpulan untuk gerak kerja kumpulan.
2.      Seorang murid akan dilantik bagi setiap kumpulan sebagai pencatat.
3.      Setiap kumpulan akan diberikan satu jug air dan satu set bekas yang berbeza saiz seperti yang dinyatakan dalam Set 2.
4.      Seterusnya, guru mengarahkan pelajar mengisi air ke dalam jug yang diberikan pada setiap kumpulan.
5.      Murid menganggar jumlah gelas yang diperlukan untuk mengisi kesemua air dari dalam jug yang telah diisi oleh pelajar.
6.      Murid mengisi gelas untuk untuk memeriksa anggaran mereka
7.      Kemudiannya,  murid – murid akan mengulangi aktiviti dengan bekas – bekas lain.
8.      Murid mencatat hasil dapatan di dalam jadual seperti dibawah:
Bekas
Jag
 Teko
Tumbler
Anggaran



Ukuran




9.      Murid – murid akan mencatat dapatan mereka seperti catatan di bawah:
Isipadu air dalam jug adalah sama dengan jumlah ________ gelas.
Isipadu air dalam jug adalah sama dengan jumlah ________ cawan.
Isipadu air dalam jug adalah sama dengan jumlah ________ botol.
10.   Setelah membuat anggaran dan ukuran terhadap ketiga – tiga set bekas yang berbeza murid – murid akan membuat perbincangan mengenai ketiga – tiga bekas  tadi iaitu bekas yang mana mempunyai jumlah air yang paling sedikit.
11.  Akhir sekali, guru membuat kesimpulan ke atas aktiviti yang dijalankan.